Bismillahirrahmanirrahim.
Segala pujian hanya bagi Allah, pemilik, pencipta, dan pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad, pemimpin agung dan contoh teladan terbaik. InsyaAllah, catatan 3 Muharram ini akan membicarakan tajuk ‘Soleh untuk solehah”.
Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.
Hadis riwayat muslim.
SUKARKAH MENCARI CALON SOLEH/ SOLEHAH?
Tidak perlu susah-susah untuk meneropong, mengkaji, menelek dan menilai iman dan taqwa di dalam dada orang lain. Apa yang kita perlu laksanakan adalah: Jadikanlah diri kita sebagai calon suami yang soleh terlebih dahulu. Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian binalah semula ciri-ciri tersebut di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Seterusnya, laksanakanlah muhasabah iman dan taqwa dalam diri kita sendiri. Tanyakan kepada diri, adakah aku ini telah menepati kriteria lelaki soleh atau sebaliknya?. Cuba koreksi diri dan padankan ciri-ciri lelaki soleh yang ada di dalam diri kita. Jawablah dengan jujur. Sukar bukan?. Tidak dinafikan, amat sukar untuk kita menjawabnya.. Maka sewajarnya kita sedar bahawa untuk mengukur iman dan taqwa pada diri orang lain adalah lebih sukar dan kompleks. Jadi, jangan sia-siakan tenaga dan masa anda untuk berhempas pulas mengkaji iman dan taqwa pada diri orang lain, mencari calon yang solehah. Ingatlah, “perempuan-perampuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-leklaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik. (An-Nur 24: 26).
BAGAIMANAKAH KAEDAHNYA?
Kunci kejayaan untuk mendapat isteri yang solehah terletak pada diri lelaki itu sendiri. Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri. Walaupun kaedah ini dilihat agak lembap, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan syarat, lelaki itu cepat membuat perubahan membina sifat-sifat soleh di dalam dirinya. Itulah ikhtiar terbaik yang perlu ditekankan oleh setiap lelaki.
Usahalah dengan sebaik-baik tadbir, kemudian tunggulah sebaik-baik takdir.
Namun, usaha menjadikan diri sendiri soleh (atau solehah) ini tidaklah menafikan ikhtiar mencari jodoh dengan cara yang beradab dan makruf. Anda boleh bertanya berwakilkan ibu bapa, merisik khabar menerusi kawan-kawan dan lain-lain saluran yang dibernarkan oleh syarak. Perkara yang perlu ditekankan adalah untuk berusaha menjadikan diri kita soleh / solehah berbanding mencari calon yang soleh / solehah.
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Sepatutnya kita berasa malu kepada Allah sekiranya kita inginkan pasangan yang solehah sedangkan diri kita tidak layak dikategorikan sebagai ‘lelaki soleh’. Hahaha, lucu juga apabila mendengar kisah pemuda yang tunggang-langgang hidupnya di bandar, kaki botol, berpeleseran, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi apabila hendak berumahtangga, meminta ibu carikan wanita yang solehah di kampung. Ada di antara mereka yang berkata, “wanita yang jahat mana boleh dijadikan isteri…jadi bini bolehlah”. Sesunguhnya mereka tidak sedar yang mereka juga sebenarnya tidak layak dijadikan suami, hanya layak dijadikan laki!.
Itulah fitrah tabi’ie manusia, walaupun diri sejahat mana sekalipun, tetapi tetap inginkan yang baik. Apa pandangan kita tentang ini?. Apakah kaedah ini boleh berjaya?. Jika anda seorang wanita, sanggupkah anda menerima lelaki yang semacam itu?. Saya tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkahwin nanti, tetapi jika diberi pilihan, apakah pilihan anda? Tentulah anda menolak calon suami yang sedemikian. Pada kaum lelaki seperti itu, kita ingin mengingatkan, tergamakkah kita inginkan yang baik sedangkan kita tahu akan keburukan diri sendiri.
PERMUDAHKANLAH
Mencari calon yang soleh atau solehah janganlah terlalu dipersukarkan. Jangan terlalu ideal kerana piawaian soleh atau solehah tidak ada tamatnya. Sifat soleh dan solehah adalah sesuatu yang bersifat ‘on going process’ sifatnya. Ia dibina secara berdikit-dikit dan berterusan. Mungkin sebelum berkahwin, tahap solehahnya rendah tetapi dengan pimpinan suaminya nanti, tahap solehahnya boleh dipertingkatkan lagi. Bila sudah menjadi isteri kita kelak, pandai-pandailah mendidiknya.
Tetapi bukan bermaksud kita boleh bersikap sambil lewa atau lebih kurang mengenai soal-soal prinsip. Panduan dan ajaran islam adalah mudah, tetapi itu bukan alasan untuk dipermudah-mudahkan. Sifat-sifat lelaki soleh dan wanita solehah pada prinsipnya telah jelas. Seseorang mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Letakkanlah satu piawaian yang lebih tinggi buat diri sendiri berbanding ‘bakal’ pasangan kita.
PESANAN BUAT LELAKI
Lelaki bakal menjadi pemimpin isteri dalam keluarga, maka sebaiknya permudahkan dan rendahkanlah sedikit penilaian terhadap calon isteri kita. Dengan perkiraan setelah dia menjadi isteri kita nanti insya-Allah kita akan terus mendidiknya lagi.
Jadi tunggu apa lagi, marilah kita tamatkan penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh dalam diri kita sendiri. Ubahlah diri, nescaya orang lain akan berubah hasil perubahan kita. Jadilah kawan,..bukan carilah kawan”. Ertinya kita mesti jadikan diri kita sendiri sebagai kawan terlebih dahulu, kemudian secara automatic orang lain akan berkawan dengan kita.
“Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik…” (An-Nur 24: 26)
Rujukan: Pahrol Mohd Juoi (1961) Tentang Cinta, Telaga Biru Sdn Bhd.
Anwar Jauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
3 Muharran 1432
Dewan Solat Utama, Masjid At-Taqwa
Desa Subang Permai, Shah Alam, Selangor.
Sempena Kem Smart 3S : Solat, Soleh, Sukses!
KONVOI KE SURAU Beliau menamatkan pengajian di UiTM dalam bidang pendidikan, dan kini sedang mengikuti pengajian bersijil Usuluddin di UM. Beliau merupakan sukarelawan pemandu pelancong Masjid Negeri Selangor. Beliau pernah bertugas sebagai imam 2 bagi surau seksyen 17, shah alam sebelum berpindah ke SMK Convent Batu Pahat. ..sebarang pertanyaan atau perbincangan, sila hubungi cikgu.hairul@yahoo.com layari juga laman utama www.anwaruitm.blogspot.com atau sms 013 6607046
Friday, December 10, 2010
2M hakikat taqwa
Bismillahirrahmanirrahim
Hakikat takwa
Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan meninggalkakan rasa takut kepada Allah. Takut kepada Allah tidak cukup diucapkan dengan kata-kata, namun harus dibuktikan dengan amal perbuatan.
Abu Laits Samarqandi rah.a. menegaskan bahawa seseorang dinyatakan mempunyai rasa takut kepada Allah apabila mempunyai tujuh tanda berikut:
1. Dia memiliki lidah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kepada Allah, membaca Al-Quran dan memperbincangkan ilmu. Dengan demikian, lidahnya tidak lagi digunakan untuk berdusta, mengumpat, mengadu domba, dan sebagainya.
2. Dia memiliki hati yang dari dalamnya selalu dijauhkan rasa permusuhan, dengki dan sebagainya.
3. Penglihatannya tidak dipergunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan Allah, memandang dunia dengan perasaan nafsu, tetapi mengambil iktiba. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa memenuhi memenuhi matanya dengan perkara yang haram, maka Allah s.w.t. akan memenuhi matanya kelak pada hari Kiamat dengan api neraka”.
4. Dia tidak akan memasukkan makanan yang haram ke dalam perutnya, kerana perbuatan demikian adalah dosa. Rasulullah bersabda, “ ketika sesuap makanan haram masuk ke dalam perut anak cucu Adam, maka semua malaikat di langit dan di bumi melaknatnya, selama suapan itu masih di dalam perutnya. Dan jika ia mati dalam keadaan demikian, maka tempat kembalinya adalah neraka”.
5. Dia tidak menggunakan tangannya untuk melakukan perbuatan-perbuatan buruk, tetapi tangannya itu digunakan untuk melakukan amal-amal soleh.
6. Dia tidak melangkahkan kakinya ke tempat-tampat maksiat, tetapi kakinya itu digunakan untu bejalan di jalan Allah dan bergaul dengan orang-orang soleh.
7. Dia menjadikan ketaatannya itu ikhlas kerana Allah Ta’ala.
Sememangnya, amalan-amalan seperti di atas tidak mudah untuk diamalkan, tetapi bagi orang-orang yang benar–benar mengharapkan kebahagiaan abadi di akhirat nanti,beban berat yang tidak lagi menjadi persoalan meskipun dia harus merangkak sedikit demi sedikit.
Allah berfirman, “Barangsiapa menghendaki keuntungan akhirat, akan Kami tambah keuntungan itu baginya. Dan barangsiapa mengkehendaki keuntungan dunia, tentu Kami akan berikan kepadanya sebahagian keuntungan dunia itu; dan tiadaklah baginya satu bahagianpun di akhirat”
Allah berfirman, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq” (Al-Hasr:19)
Rujukan : Maulana Ahmad Syaifudin, Keutamaan Menundukkan pandangan, Pustaka Ramadhan.
Anwarjauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
2 Muharram 1432 Rabu
Dewan seminar masjid At-taqwa
Desa Subang Permai
Kem Smart 3S : Solat, Soleh, Sukses!

nota 1M: iman dan amal soleh
Alhamdulillah, 1 Muharram 1432 hijrah ini telah tiba, membuktikan nikmat dan kasih sayang Allah yang sangat tidak ternilai harganya dicurahkan kepada kita. Cuma kita sebagai makhluknya yang sering lupa dan lalai dalam mengingati nikmat-nikmat-Nya, malas untk mengabdikan diri kepada-Nya dan sombong untuk sujud menghinakan diri kepada-Nya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita yang pernah kita lakukan sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Selawat dan salam khusus untuk nabi Muhammad, penutup segala nabi dan contoh teladan sepanjang zaman. Kebijaksanaan dan akhlak baginda merupakan satu-satunya sumber inspirasi yang mampu memotivasikan setiap umat.
Bersempena permulaan hari dalam tahun 1432 Hijrah ini, saya terpanggil untuk memulakan tajuk asas dalam Islam. Setiap muslim wajib menyedari bahawa kesempurnaan iman bukan semata-mata mempercayai rukun Iman semata-mata, malah ia amat berhajatkan kepada pembuktian dengan amalan bertepatan dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ iman adalah mengiktikad dengan keyakinan di dalam hati, dan mengikrarkan dengan lidah, dan mengerjakan dengan anggota (segala apa yang diykinkan)”.
Dasar utama iman adalah mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Mempercayai malaikat-Nya, mempercayai rasul utusan-Nya, mempercayai kitab-kitab-Nya, mempercayai Qada’ dan Qadar-Nya serta mempercayai hari kiamat.
Kemantapan iman seseorang tidak hanya sekadar iktikad dengan hati semata-mata. Keprihatinan dalam mengawal diri dalam menjalani kehidupan dengan menampilkan ciri-ciri keimanan adalah neraca untuk menilai sama ada seseorang itu beriman dengan iktikad yang sempurna atau hanya sekadar iman dengan lisan sahaja.
Diantara ciri-ciri orang beriman adalah
1. Sentiasa berfikir tentang sesuatu yang dijadikan oleh Allah di muka bumi ini, yang akhirnya menjurus untuk tunduk mengagungkan-Nya dengan mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
2. Memiliki sifat malu dalam kehidupan. Malu daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah, malu jika meninggalkan perintah-perintah-Nya. Ini semua didasari oleh keimanan bahawa seluruh gerk-laku kehidupan kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Jika rasa malu itu hilang dari diri seseorang, maka tidak hairanlah baginya melakukan perkara-perkara yang mungkar serta maksiat.
3. Cenderung untuk melakukan kebaikan dan kebenaran.
4. Ikhlas dalam setiap kerja atau amal yang dilakukan , tanpa mengharapkan sesuatu pembalasan, samaada pembalasan dari manusia atau daripada Allah. Keikhlasan ini terbit apabila meyakini bahawa setiap yang dikerjakan hanya semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada penciptanya.
Kelazatan dan kemanisan iman tidak akan tercapai seandainya sesuati perkara atau amal yang dikerjakan mempunyai pengharapan kepada yang lain selain daripada Allah.
Bagi setiap manusia yang memperolehi kelazatan iman, mereka akan merasakan bahawa dirinya sentiasa berhadapan dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Mereka akan sentiasa mengharapkan bahawa setiap perbuatan dan amalannya diredhai Allah S.W.T. Mereka juga sentiasa waspada dan curiga seandainya perlakuan hidupnya dicemari dengan ciri-ciri yang boleh mendorong kepada tegahan Allah.
Surah al-Mukminun secara jelas mendefinasikan orang mukmin sepertimana berikut:
1. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman.
2. Mereka yang khusyuk dalam mengerjakan solat.
3. Dan yang menjauhi perkataan yang kosong dan kotor.
4. Dan yang mengeluarkan zakat.
5. Dan yang menjaga kehormatannya (tidak melepaskan syahwatnya).
6. Melainkan kepada isterinya dan hamba perempuan mereka, sesungguhnya itu tidaklah tercela.
7. Tetapi orang-orang yang mencari selain daripada itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanah dan memenuhi janji.
9. Dan yang menjaga solat mereka.
10. Dan itulah orang-orang yang layak mempusakai.
11. Mereka mempusakai syurga firdaus, dan mereka kekal didalamnya.
Semoga artikel pendek diatas membantu kita untuk meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah. Tanggapan bahawa iman hanya dalam hati
Rujukan; Mutiara Hadis Ke Arah Membentuk Peribadi Mukmin Amir haji Marzuki, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.
Anwarjauhari,
www.anwaruitm.blogspot.com
1 Muharram 1432, Selasa
Bilik imam surau S17
Cuti Awal Muharram

Subscribe to:
Posts (Atom)